This time aku nak bercerita tentang pengalaman aku menghadiri kursus di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara selama 2 hari. Aku sendiri tak tau langsung tentang kursus ini "NLP-Neuro Linguistic Programming". Kursus ini berjalan selama dua hari dan aku memula expect ia akan membosankan. Pihak majikan menghantar seramai 5 orang termasuk aku. Kursus ini dijalankan oleh Mohd Rizal Hassan, the Founder, Learning Facilitator and NLP Coach of Take Charge Sdn Bhd.
Pada hari pertama aku menghadiri kursus ini, ia amat memeranjatkan sebab bagi aku memang lain dari yang lain. Segala aktiviti diatur dengan bersistemetik supaya peserta tidak bosan. Sepanjang kursus selama 2 hari memang aku amat bersemangat. Para peserta diajar kaedah-kaedah NLP sambil menambahkan keyakinan diri. Beliau telah memahatkan satu ayat yang mungkin tak akan aku lupakan, rasanya semua yang menghadiri kursus beliau pasti akan ingat "Jangan Membangau atau Stop Bangau-ing". Apa maksud beliau, u all pasti ingat lagu "bangau oh bangau". Jangan menyalahkan keadaan atau menyalahkan orang lain, itulah maksud beliau. Memang kita selalunya menyalahkan keadaan atau orang lain bagi setiap yang berlaku.
Bagi aku tak sia-sia aku attend course ni. Aku bertambah yakin dalam setiap perkara yang aku buat. Tambahan pula pendekatan yang beliau gunakan berbeza dari pakar motivasi yang lain. Sapa-sapa yang nak belajar teknik NLP dan kursus motivasi boleh le layari laman web beliau di"www.take-charge.com.my".
No comments:
Post a Comment