Ikan WadiKali ini aku nak cerita sikit pasal salah satu menu tradisi orang Banjar iaitu "
Ikan Wadi". Bagi aku kalau orang

tu tak pernah merasa ikan wadi memang rugi. Apa yang aku tau ikan wadi ni selalunya dibuat ngan ikan sepat atau ikan puyu. Pastu ikan disiang dan diperap dengan garam dan beras yang "disamu" atau bahasa melayu goreng le. Gaul dua bahan tu dan disusun ikan tu dalam balang dan ditambah dengan asam keping ngan cili supaya lebih tahan lama. Ikan itu akan diperap selama berminggu-minggu atau sebulan, lagi lama lagi kaw. Kalau nak goreng keluarkan ikan tu dan rendam dulu sekejap. Lepas rendam baru goreng, perhhh sedap dia jangan cerita hanya orang banjar je yg tahu akan kenikmatannya.
Aku nak cite l

e sikit masa zaman budak-budak dulu. Arwah atuk aku ni banyak sawah dan kebun. Kat kebun lak banyak telaga-telaga kecik yang penuh ngan ikan-ikan. Selalunya bila sawah padi kering masa ni le kita orang cari telaga mana yang kami rasa ada banyak ikan pastu kami nak timba. Bila kering masing-masing terjun le tangkap ikan tu. Macam-macam ikan ada, sepat, haruan, puyu, keli dan kadang ular pun ada. Selalunya kami jual dan yang lebih kami buat makan atau buat ikan wadi dan ikan kering. Masa tu sepupu aku ramai giler masing-masing tolong menolong menangkap ikan.
Dari situ ler bila banyak ikan, nak makan mana nak habisnya, tu yang dibuat wadi. Arwah nenek aku memang terrer bab buat ikan wadi. Dulu kalau mak aku masak ikan wadi kerap-kerap

aku bising sebab hehehe muak. Sekarang ni aku duduk KL bila balik kampung aku asyik tanya ada ikan wadi je kat mak aku. Tapi sekarang susah nak dapat ikan wadi sebab sawah padi pun dah moden. Semua pakai mesin, mana le ada ikan. Mak tahan "tempirai-sangkar dawai untuk tangkap ikan" pun susah nak dapat. Baru-baru ni pun aku ada gak tanya kot ada orang buat wadi. Memang ada tapi belum cukup tempoh "tapaan", sebalang RM50.00 dalam 25 ekor je.
Itulah budak-budak sekarang susah nak dapat suasana kampung dan merasa masakan nenek m

oyang kita dulu. Asyik-asyik KFC, Mc Donald, Pizza Hut dan macam-macam makanan segera. Zaman dah terlalu moden dan semua nak segera.
Begitulah serba sedikit cerita Ikan Wadi dan macam mana aku berpenat lelah ngan sepupu dan atuk untuk mendapatkankan ikan. Aku amat bersyukur pada yang maha esa sebab merasa kenikmatan hidup sebagai budak kampung dan aku bangga jadi budak kampung.
2 comments:
Yeah man...kids nowadays wants KFC,MCdonalds and such.
Now I gian jambu susu...tonyoh dgn asambui.
*slurp*
banjar mana ni angahnya...banjar kurau kah gerangannya...kulaan nihhh...
Post a Comment