Wujudnya manusia bukan sahaja terbukti melalui kajian sains tetapi telah ada dan memang ada dinyatakan dalam al-Quran...segala ilmu sudah termaktub dalam al-Quran...bagaimana kejadian manusia bermula daripada air mani yang di bawa ke dalam rahim ibu bertemu dengan ovum yang akan membentuk embrio...setelah beberapa minggu, akhirnya ia membentuk zigot...dan ianya semakin besar dan membesar dalam rahim ibu..selama 9 bulan ibu membawa kandungannya dan menjaganya agar kita dapat menghirup udara yang segar....Sungguh besar kebesaran Allah....kerana itulah kita dikehedaki menghormati ibu bapa kita dan Allah S.W.T melarang keras anak-anak bersikap biadap terhadap ibu bapa ketika mereka meningkat usia tua. Jangan ada sesekali perkataan "Ah!" kepada ibu bapa. Firman Allah di dalam al-Quran surah Isra' ayat 23 - 24 bermaksud:
Dan agar kamu berbuat baik terhadap kedua ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya.
Jika salah seorang daripadanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu,
janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan 'Ah!' dan
janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan penuh
kasih sayang dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku!, kasihanilah mereka berdua
sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sejak aku kecil lagi."
Saya ada seorang sahabat yang sangat baik orangnya...sangat berfikiran luas dan adakalanya apa yang beliau cakap ada maknanya dan masuk akal..tetapi saya kurang bersutuju dengan tindakan beliau yang langsung tidak mempunyai perasaan ingin membaiki hubugan beliau dengan ibu dan ayahnya atas kerana kesilapan yang ibu dan ayah yang mereka buat..Saya tidak menyatakan saya adalah anak yang solehah tetapi saya masih lagi dalam keadaan mencuba untuk menjadi anak yang solehah dan disenangi oleh ibu dan ayah saya....tetapi keadaan kawan saya...pernah sekali dia menceritakan permaslahatan keluarga beliau dan saya mohon maaf di sini. saya tidak dapat menceritakan kisah beliau cukup sekadar mengetahui bahawa ape yang ingin saya sampaikan....
Bagi saya buat ape solat dan mengaji, puasa sunat kalau kita langsung tidak menghormati kedua ibu bapa kita....Seburuk-buruk manapun ayah dan ibu kita, mereka tetap ibu dan ayah kita..kerana mereka kita di lahirkan ke dunia, kerana mereka kita dapat menjamah sedikit udara...tidakkah kita berasa bersalah kalau kita buat endah tak endah bicara kedua ibu bapa kita....ye memang betul kite harus membetulkan perkara yang salah yang dilakukan oleh mak dan ayah kita tapi gunalah bahasa yang lembut..Kerana secebis belas dan ihsan itulah, kita lahir ke dunia.
Lupakah (memang tidak ingat), semasa kita kecil, kita menjerit sesuka hati, memalukan ibu bapa di tengah kenduri? Kita pecahkan pinggan orang, kita curi barang orang, kita kencing dan berak sesuka hati, kita demam tidak bermusim. Bukan kita seorang, malah adik beradik yang lain. Haruskah kita membenci mereka?
Jika seorang ibu dan seorang bapa, tiada naluri kasih sayang, patah riuk tulang kita dikerjakan mereka. Penat bekerja, tidur entah di mana, bergolok gadai mencari bekal, apakah semuanya semata-mata untuk membesarkan seorang pembenci?
Memang tidak dinafikan terhadap ibu bapa yang bertindak kejam terhadap anak-anak seperti melakukan penderaan yang menyeksakan sehingga boleh mengakibatkan kecederaan kepada si anak (dan sewajarnya ibu bapa sebegini menerima hukuman yang berat sesuai dengan perbuatan mereka terhadap anak mereka). Namun anak tetap dilarang untuk membalas perbuatan ibu bapa terhadap mereka itu. Dan anggaplah itu sebagai ujian ke atas diri mereka moga-moga dengan ujian yang seberat itu akan dibalas oleh Allah SWT dengan pahala yang berlipat kali ganda di akhirat nanti.
Walau bagaimanapun Allah SWT melarang keras sebarang tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya penderhakaan terhadap ibu bapa. Tidak ada jalan untuk dijadikan alasan untuk membalas dendam terhadap ibu bapa. Sejahat-jahat ibu bapa masih tidak dapat untuk dibalasi jasa dan susah payah mereka terhadap anak-anak. Walaupun betapa kejamnya ibu bapa terhadap anak-anak, tetap akan membawa anak-anak ke hospital atau berjumpa bomoh untuk mengubati sakit si anak kalau si anak ditimpa sakit. Bukankah ini satu pengorbanan yang besar dan tergamakkah si anak apabila dewasa mahu bersikap kasar dan biadap terhadap orang-orang yang telah menjaga mereka itu ketika kecil dahulu?
Sebenarnya banyak lagi kisah yang kita boleh ambil sebagai panduan dan pengajaran yang berkaitan anak yang tidak menghormati kedua orang tuanya..Lihat pada cerita seorang sahabat Rasulullah yang bernama Alqamah. Ketika dia dalam sakaratul maut, Rasulullah hampir-hampir membakarnya kerana dia gagal mengucap kalimah tauhid pada saat itu. Setelah diselidiki ternyata Alqamah yang terkenal banyak sembahyang malam dan berpuasa itu telah gagal menunaikan haknya terhadap ibunya yang telah tua. Mujurlah dia kemudiannya mendapat
kemaafan daripada ibunya.
Kawallah diri kita untuk menjadi insan yang berguna dan tidak durhaka kepada orang tua kita. Jika tidak kerana mereka kita tidak akan bernafas serta ketawa untuk hari ini. Jika kita membelakangi orang tua bererti kita membelakangi apa yang disuruh oleh Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :
“Bahawasanya Allah mengharamkan ke atas kamu semua menderhakai ibu dan menanam hidup anak-anak perempuan, sebagaimana Tuhan mencegahmu untuk menahan pemberian yang perlu diberikan dan Allah tidak menyukai kata-kata yang sia-sia dan membanyakkan pertanyaan dan menyia-yiakan harta.” - Riwayat Bukhari.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW lagi yang diriwayatkan oleh Thabrani yang bermaksud :
“Tiga perkara tiada bermanfaat, lagi bersertanya sesuatu pun iaitu menyengutui Allah SWT dengan sesuatu, mendurhakai ibu bapa dan lari dari medan pertempuran.”
Sabda Rasulullah SAW di atas jelas membuktikan bahawa menderhakai sama dengan tidak menghormati ibu bapa adalah amalan yang dimurkai oleh Allah SWT. Allah tidak akan merestui anak-anak yang tidak hormat dan derhaka. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Thabrani :
“Dua kejahatan yang dibalas oleh Allah di dunia ini iaitu zina dan derhaka kepada ibu bapa.”
Oleh itu, jika anda mendurhakai ibu bapa, anda telah melakukan maksiat besar yang merupakan dosa besar. Anak yang menderhakai dan tidak menghormati ibu bapanya akan ditolak segala amalannya selagi anak itu tidak meminta ampun dan keredhaan dari ibu bapa mereka.
Anak-anak yang durhaka dan tidak hormat akan menerima hukuman yang setimpal dari Allah sejak mereka di dunia lagi, mereka hilang kemerdekaan hati dan rasa bersalah sering menghantui mereka. Dan di akhirat juga mereka akan mendapat hukuman yang setimpal. Kerana mereka yang mendurhakai kepada ibu bapa akan dibangkitkan semula di akhirat menyerupai kaldai.
No comments:
Post a Comment