|    | “Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran  nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada  Nabil..
 
 “Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak  beli nih” balas Nabil.
 
 Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk  dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang  bakal dijadikan hantaran.
 
 “Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab”  keluh Jamilah.
 
 “ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil.  Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil.  Prihatin.
 
 “Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur  pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang  pakcik dalam lingkungan
 40-an.
 
 “Oh, kami cari AlQuran. Nak buat  hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak  jauh dari situ..
 
 “Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik  menyoal sambil tersenyum.
 
 “Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“  teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang  lain.
 
 “Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran.  Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik  berhemah.
 
 “Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami  beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba  jawapannya.
 
 “Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada  tafsiran lagi” cadang pakcik.
 Mukanya nampak seperti orang-orang ahli  masjid.
 
 “ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum  Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya  kecil.
 
 “Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan  pasangan tersebut.
 
 “Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
 
 Nabil  kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang  muncul secara tiba-tiba.
 
 Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah  bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal  disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.  Pak imam baru sahaja sampai.
 
 “Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak  Imam bergema.
 
 Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai  gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.  Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya  berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih.
 Rambutnya ada yang berwarna  putih.
 
 “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz  Saad.
 
 “Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil  mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di  kedai buku 2 bulan lalu.
 
 “Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik  Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang  Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai
 mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan  antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis  selepas maghrib.
 
 Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling  menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna  putih.
 
 “Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah  masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang  sebaliknya berlaku.
 
 “Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d”  kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap  solat mengikut sunnah nabi.
 Surah Ar Rad
 
 
 Surah Ar  Ra'd
 
 “Apa benda nih” detik hati  Nabil.
 
 “Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA..RIII..!!” berlagu  Nabil.
 
 Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar  dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata  menahan kelucuan. Ada  yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah  entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
 
 “Baru ustaz tahu ada  kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini :  A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim..
 Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM..  MIMMM...RAA..”
 kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan  ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
 
 Nabil berasa  seperti kilat menyambar kepalanya.
 
 “Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan  kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya
 hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan  hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran.  Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah  cukup bagi seorang muslim” tazkirah
 sudah bermula. Orang ramai memang senang  cara penyampaian ustaz Sa’ad.
 
 
 “Tinggi mana pun kamu belajar, tiada  gunanya kitab yang tidak berubah ini
 tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti  begini rupanya, ayatnya tetap sama,
 kedudukannya tidak sama. Malah,  ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga
 hari kiamat. Nabil, kalau kamu  tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran
 sebagai kitab petunjuk kemudian  diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran
 itu sendiri. Tetapi beruntungnya  orang2nya memanfaatkan AlQuran setiap hari,
 membacanya, menghafalnya,  mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang  tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..”
 penutup Ustaz Sa’ad  sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
 
 Hari semakin  cepat berlalu.
 
 Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran  yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif  setiap hari.
 
 Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita  belajar sama-sama.
 Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz  Sa’ad tiba. Jamilah
 senyum disisi suaminya, Nabil.
 
 read dis..
 
 Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and  his
 relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man  by
 his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between  the
 shroud and the chest of the deceased.
 
 
 Rasulullah (Sallallahu  alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
 itu mati dan saudaranya  sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
 betul-betul kacak di  bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
 berada di antara kain  kapan dan si mati.
 
 Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2  malaikat Mungkar dan
 Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki  kacak ini supaya
 mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang  diri mengenai
 ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia  adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri  walau apa pun. Jika
 kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku  tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam  Syurga.'
 
 Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the  Qur'an,
 which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a  low
 voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you  will
 have no grief.'
 
 
 Selepas itu dia berpaling pada temannya yang  meninggal dan berkata,'Aku
 adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya,  kadang-kadang dengan suara
 yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang  perlahan. Jangan bimbang.
 Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu  tidak akan bersedih.'
 
 When the interrogation is over, the handsome man  arranges for him from
 Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding  filled with musk.
 
 Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur  untuknya daripada
 Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari  sutera yang
 dipenuhi bauan kesturi
 
 Rasulullah (Sallallahu alaihi  wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
 before Allah, no other Intercessor  will have a greater status than the Qur'an,
 neither a Prophet nor an  angel.'
 
 Rasulullah (Sallallahu alaihiwasallam) bersabda :'Di hari  pengadilan, di
 hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya  daripada Quran,
 mahupun dari nabi atau malaikat.'
 
 Please keep  forwarding this 'Hadith' to all ....because
 
 Sila sebarkan Hadis ini  kepada semua .......kerana
 
 Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam)  said:
 
 'Pass on knowledge from me even if it is only one  verse'.
 
 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu  ayat.'
 
 May Allah bestow this favour on all of us.
 |  
 | 
No comments:
Post a Comment