Salah satu perkara yang sering mengganggu  kerjaya kita adalah “MENGANTUK”..  Menguap merupakan ciri2 orang yang mengantuk.  Sebenarnya ia merupakan gangguan syaitan yang menginginkan kita lalai dengan  tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada kita. Maka di sini ingin saya  kongsikan tips dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam untuk menangani gangguan  syaitan ketika “MENGANTUK” yang menyerang melalui senjatanya “MENGUAP”. 
HADIS TENTANG MENGUAP :
الْعُطَاسُ مِنَ اللّهِ , وَالتَّثَاؤُبُ مِنَ الشَّيْطَانِ ,  فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَضَعْ يَدَهُ عَلَى فُيْهِ ,  وَإِذَا قَالَ : آهْ , آهْ ,  فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَضْحَكُ مِنْ جَوْقِهِ . وَإِنَّ اللّهَ عز جل يُحِبُّ الْعُطَاسَ  , وَيَكْرَهُ التَّثَاؤُبَ .
"Bersin itu dari Allah dan menguap  itu dari syaitan. Jika salah seorang kalian menguap, maka tutuplah mulutnya  dengan tangannya dan jika ia mengatakan `aaah..' , maka syaitan tertawa di dalam  perutnya. Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap." (Hadis  riwayat. At-Tirmidzi )
FAEDAH DARI  HADIS:
1. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memberitahu kita  bahawa menguap berasal dari syaitan gangguan Syaitan.
2. Oleh itu,  apabila kita menguap atau terasa hendak menguap :
a. Berusaha menahannya  sedaya upaya.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : 
"Apabila salah seorang dari kalian menguap dalam solatnya, hendaklah  ia berusaha menahan menguapnya sedaya mampu kerana ia boleh menyebabkan syaitan  masuk." (Hadis riwayat. Muslim)
b. hendaklah kita menutup mulut  (samada dengan tangan kiri atau kanan, depan atau belakang, kerana Nabi  Shallallaahu ‘alaihi wa sallam tidak menetapkan mana2 bahagian),
Dari  Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam  bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka  tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam  mulut yang terbuka) .” (Hadis Riwayat Muslim)  
c. Elak dari  mengeluarkan bunyi ketika menguap. Seperti “Haaaaaah” Kerana apabila seseorang  itu menguap sambil mengeluarkan bunyi, maka Syaitan akan ketawa. (mungkin sebab  tulah ada orang terdengar hantu2 ketawa di banggunan baru ijn :-).
d.  Elakkan juga mengangkat suara ketika menguap.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi  wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka  apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya  upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi  “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat  al-Bukhari)
Maka, apabila anda bebas dari gangguan syaitan, anda pasti  dapat melaksanakan tanggungjawab anda dengan cemerlang….InsyaAlla h. 
Allahu a'lam.
 " Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu,  namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku,  sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
Kata  ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong  atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi  ALLAH SWT kita semuanya sama – 
cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"
 
 
No comments:
Post a Comment