anak sendiri. Aku nak cerita sikit hari dia lahir. Sebelum bini aku nak lahirkan dia macam2 hal jadi. Seminggu sebelum tu rumah kami kat Cheras Idaman masuk dek penyamun. Alhamdulillah masa tu kami tak de rumah. Barang yang hilang kamera Nikon P1 yang baru aku beli sebulan lebih dengan DVD player. Nasib baik kami tak simpan duit kat rumah.Lepas seminggu berlalu iaitu hari Ahad 26hb Feb, 2006 aku pun bawak bini g klinik. Masa tu pagi lagi so tak de orang sangat lagi. So nak jadi cite bini aku terlupa bawak handbag naik klinik. Bila turun je cermin keta dah pecah...aku pun apa lagi suspek handbag hilang le. Adoi mcm2 hal pulak. Dalam handbag ada pulak passport maid aku, ic, jam, driving licence ngan duit 100/=. Bala-bala....bukan Balasubramaniam, hmmm kena g report polis ler tu. So kami balik rumah sebab esok bini kena admit ke hospital, expected anak aku lahir. Tup-tup petang ada org call handbag jumpa kat Gombak. Yang ada cuma passport maid aku, lesen resit tah hapa2 tah.
Esoknya aku ngan bini aku ler PUSRAWI kat jalan Tun Razak. Memang tak expect pun anak kami lahir hari ni. Sebelum g sana kami g makan kat Kampung Baru. Bila sampai kat spital bini aku pun admit and n
urse buat test degupan jantung dengan alat apa tah. Aku tgk kat alat tu kejap bunyi kejap tak...suspen jugak. Bila doktor datang and check dia terkejut, katanya baby kat dalam perut terbelit dengan tali pusat. So, immediately Dr suruh masuk bilik bedah. Alamak anak aku keluar ikut tingkap. Alhamdulillah tepat kul 7.15 anak lelaki aku selamat dilahirkan, tapi diletakkan dalam jagaan rapi sebab dia lemas.Hehe excited aku dapat anak. Seminggu aku tidur kat hospital teman bini aku. Pengalaman tido kat hospital, lagipun kami ambik untuk satu bilik sorang. Bini aku cakap sakit masa taruk bius tak leh nak cite, batuk pun sakit. Terasa makin sayang kat bini aku bila dia mengadu sakit macam tu. Alhamdulillah sekarang dia membesar dengan bijak. Sekarang umur dia dah 2thn 5 bln. Kami namakan dia Aisy Ikhwan b. Yusri.
.jpg)
1 comment:
tahniah... moga bertambah2 lagi hendaknya... :p
Post a Comment