Sunday, March 22, 2009

Ikan Wadi

Ikan Wadi


Kali ini aku nak cerita sikit pasal salah satu menu tradisi orang Banjar iaitu "Ikan Wadi". Bagi aku kalau orang tu tak pernah merasa ikan wadi memang rugi. Apa yang aku tau ikan wadi ni selalunya dibuat ngan ikan sepat atau ikan puyu. Pastu ikan disiang dan diperap dengan garam dan beras yang "disamu" atau bahasa melayu goreng le. Gaul dua bahan tu dan disusun ikan tu dalam balang dan ditambah dengan asam keping ngan cili supaya lebih tahan lama. Ikan itu akan diperap selama berminggu-minggu atau sebulan, lagi lama lagi kaw. Kalau nak goreng keluarkan ikan tu dan rendam dulu sekejap. Lepas rendam baru goreng, perhhh sedap dia jangan cerita hanya orang banjar je yg tahu akan kenikmatannya.

Aku nak cite le sikit masa zaman budak-budak dulu. Arwah atuk aku ni banyak sawah dan kebun. Kat kebun lak banyak telaga-telaga kecik yang penuh ngan ikan-ikan. Selalunya bila sawah padi kering masa ni le kita orang cari telaga mana yang kami rasa ada banyak ikan pastu kami nak timba. Bila kering masing-masing terjun le tangkap ikan tu. Macam-macam ikan ada, sepat, haruan, puyu, keli dan kadang ular pun ada. Selalunya kami jual dan yang lebih kami buat makan atau buat ikan wadi dan ikan kering. Masa tu sepupu aku ramai giler masing-masing tolong menolong menangkap ikan.

Dari situ ler bila banyak ikan, nak makan mana nak habisnya, tu yang dibuat wadi. Arwah nenek aku memang terrer bab buat ikan wadi. Dulu kalau mak aku masak ikan wadi kerap-kerap aku bising sebab hehehe muak. Sekarang ni aku duduk KL bila balik kampung aku asyik tanya ada ikan wadi je kat mak aku. Tapi sekarang susah nak dapat ikan wadi sebab sawah padi pun dah moden. Semua pakai mesin, mana le ada ikan. Mak tahan "tempirai-sangkar dawai untuk tangkap ikan" pun susah nak dapat. Baru-baru ni pun aku ada gak tanya kot ada orang buat wadi. Memang ada tapi belum cukup tempoh "tapaan", sebalang RM50.00 dalam 25 ekor je.

Itulah budak-budak sekarang susah nak dapat suasana kampung dan merasa masakan nenek moyang kita dulu. Asyik-asyik KFC, Mc Donald, Pizza Hut dan macam-macam makanan segera. Zaman dah terlalu moden dan semua nak segera.

Begitulah serba sedikit cerita Ikan Wadi dan macam mana aku berpenat lelah ngan sepupu dan atuk untuk mendapatkankan ikan. Aku amat bersyukur pada yang maha esa sebab merasa kenikmatan hidup sebagai budak kampung dan aku bangga jadi budak kampung.

Wednesday, March 11, 2009

Tazkirah

SIAPAKAH KITA???


Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
.
Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh?

rang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Renungan

12 BARISAN MANUSIA.. MENUJU KE AKHIRAT:-

Barisan pertama: di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki.
keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :'mereka orang2 yg
menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak
berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia
maupun di akhirat'.firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg
sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari
(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku) , itulah balasan & tempat
kembali mereka adalah neraka'

Barisan ke-2: di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan
datang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu
hidup , sesungguhnya orang yg memelihara solat 5waktu akan dihindari dari
siksa kubur sebaliknya , mereka yg mengabaikan maka waktu dia
mati , mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.'
rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri
untuk bersolat , maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2
bahunya , maka setiap kali dia rukuk atau sujud , berjatuhanlah dosa2 itu

Barisan ke-3: di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular
serta kala jengking
'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun
pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. inilah
balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka

Barisan ke-4: diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
'mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual
beli.berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh
datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5: diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai
ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu
ketenteraman padang mahsyar 'mereka ini adalah orang yang menyembunyikan
perlakuan derhaka , takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut
kepada Allah.inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka

Barisan ke-6 : diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan
mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7: diiringi dair kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah &
nanah dari mulut mereka
mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran

Barisan ke-8:diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik , kepala kebawah & kaki ke atas
mereka adalah orang yg melakukan zina.tempat mereka juga adalah di
neraka.. sabda rasulullah 'tiada bersunyi2an antara seorang lelaki &
wanita , melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka'

Barisan ke-9:diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata
biru , sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh
mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya

Barisan ke-10: diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta
mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11: diiringi dari kubur dlm keadaan buta , gigi panjang seperti
tanduk lembu jantan , bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga
ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12: diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama
mereka melalui titian siratulmustakim seperti kilat.datang suara dari
sisi Allah yang memaklumkan 'mereka semasa hidupnya adalah orang yg
beramal salih & melakukan kebaikan.mereka juga menjauhi perbuatan
derhaka , memelihara solat lima waktu , & meninggalkan dunia dalam keadaan
bertaubat.inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah
syurga , beroleh keampunan , kasih sayang & keredhaan Allah swt.'

BACALAH YASSIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
'Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan' , iaitu:
1.
Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: 'Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai
hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti
pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, 'Apabila datang ajal orang yang suka
membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika
mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya'.

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka
membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke
dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya
diambil.

14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: 'Sesiapa bersembahyang sunat
dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin
dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di
hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik.


Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
musibah lalu dia kata 'Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.' Lalu sambil

berkata,'Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini', sambil mengukir
senyuman..

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati
membawa
amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa
neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
sahaja , malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada
manusia

Nasihat Yusof Al Qardhawi

Tuesday, March 3, 2009

Sikap Pemandu Malaysia

Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap adab dan sopan santun. Ciri-ciri kehidupan kita senantiasa menitikberatkan tatasusila. Sikap lemah lembut dan sentiasa hormat menghormati sesama jiran tak kira bangsa dan agama. Betapa banganya kita sebagai rakyat Malaysia lebih-lebih lagi kita hidup dengan masyarakat majmuk. Tapi sayang dan sedih apabila berada di jalanraya semua itu tiada lagi. Sikap bertimbang-rasa sopan santun sudah hilang, yang timbul sikap mementingkan diri. Masing-masing sudah hilang adab ketimuran yang kita banggakan. Sikap inilah yang berlaku pada waktu pagi dimana masing-masing bergegas ke tempat kerja. "I nak cepat le, dah lambat ni", macamlah dia sorang nak pegi kerja. Orang lain pun nak pegi kerja juga. Apalah salahnya ikut peraturan dan jangan memotong barisan. Kenapa mesti nak potong "que ". Sikap orang macam nilah yang membuatkan jalanraya semakin sesak. Aku heran sungguh sikap mementingkan diri sendiri rakyat Malaysia. Kalau nak dibandingkan dengan orang Barat yang terlalu "open minded". Kalau di jalanraya mereka lebih menghormati yang kecil seperti kenderaan besar menghormati kenderaan yang lebih kecil dan pejalan kaki. Amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia yang penuh budi pekerti dan adab sopan.

Di manakah kesedaran sivik di kalangan rakyat Malaysia. Kesedaran sivik rakyat Malaysia ditahap yang memalukan. Fikirlah sendiri kita ada akal, belajar pulak sampai ada Ijazah takkan lah semua ni berlaku. Aku harap pemandu-pemandu kenderaan di Malaysia, tingkatkan pemanduan yang berhemah dan bukan mementingkan diri sendiri. Gambar di atas dan di sebelah adalah antara pemandu yang memtingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Tunjukan diri kita mampu mengubahnya, janganlah jadikan sikap yang tidak berhemah ini.

advertlets

advertlets1

Bux4ad2

Get cash from your website. Sign up as affiliate.

Bux4ad3

Extra Cash From Your Website

Pouring Cash Directly Into Your Pocket!!!

It works round-the-clock, and for not just days or weeks, but for months and months, very own Money From Your Website making you tons of CASH!
It works round-the-clock, and for not just days or weeks, but for months and months, very own Money From Your Website making you tons of CASH!

Have you ever dreamed about a real and easy way to get revenue in Online, even if you have absolutely no experience?
We have good news....

Get cash online now


Turn your priceless web site traffic into cash. Join our affiliate program. We offer the most pay-per-click rate to help maximize your revenue stream.

Imagine running of a something that never failed to provide you with money-flow. A never ending revenue generator, a system so incredibly gainful that you never had to work for a boss ever again!

0 (zero) investment program

We designed this system specifically for NO COST methods, to make thousands, if not millions of dollars, without spending cash.

Join our cash making program absolutely free and 100% risk free.

Get Started now

Sign Up...

Signup is free

Income while you sleep.

Earn $1,000... $2,000... $5,000...
Turn your site traffic into cash!

You get paid for every user that clicks on our commercial. Our goal is to enable you to make as much as possible from your promotion space. We pay monthly, either by check, or instantly through PayPal.

Our program enables you to generate a steady stream of money, 24 hours a day, 7 days a week, 365 days a year. Allowing you more time to focus on the things you love. You'll even be making income while your sleep!

TESTIMONIALS
TESTIMONIALS
"...It's great idea making money online..."
"...It's great idea making money online..."

Thank you so much for creating this unique opportunity for me. I'm studying at the University of Manitoba and I have always been motivated to find new ways of making revenue. Your website is perfect for me making extra income. It's great idea making revenue online!

Christine Taylor, CA

Will my Website work for me?

Yes, absolutely! With our affiliate program everyone can earn every day! You will earn money from 100,000 advertisers. Also you can be absolutely new to use our system - you don't have to have ANY experience. That's really simple.

We have successful members from all countries of the world and they are part time employees, students, house wives, retired people, just everybody. Because our system works anywhere and for everyone!

Any proof of earnings?

Sure. For example, look at the results of using our affiliate program. Here is real screenshot of bank account presented by an affiliate:

TESTIMONIALS
TESTIMONIALS
"...I have been looking for something like this..."
"...I have been looking for something like this..."

Hi, this is wonderful!!!! I have been looking for something like this! I found your site and just wanted you to know that I think this idea is splendid. Good luck to you.

Iohan Vanden Broek, NZ

Here's All You Have to Do...

  1. Fill in the registration form

  2. Insert received code into your web page

  3. Watch that your money grow

Get Started now





Sign Up...

Signup is free



Search This Blog

Banners

Business Affiliate ProgramsDiscountsPersonalsAdvertisingShopping